Spot (FOREX)
Sejak berakhirnya Perang
Dunia ke-2, ekonomi dunia telah menyaksikan suatu evolusi dan perkembangan pesat di dalam jumlah perdagangan luar antara negara-negara.
Nilai eksport keseluruhan dunia telah meningkat daripada $58 billion pada tahun 1950 kepada $6.3 trillion dollar pada tahun
2000. Dengan perkembangan pesat nilai perdagangan dalam dekad terakhir ini, kepentingan Pasaran Tukaran Matawang (FOREX) menjadi
signifikan.
Ciri-ciri Pasaran Matawang (FOREX)
- Pasaran paling 'cair' di dunia.
- Didagangkan 24 jam/hari, 5 hari/munggu.
- Urusniaga dilakukan secara REALTIME (ketika itu) - online
- Keupayaan untuk membeli atau menjual (long atau short), memberikan
pedagang peluang untuk mengaut untung daripada apa jua pergerakan pasaran, sama ada ketika naik atau turun.
- Hanya perlukan 'margin' (modal) yang kecil, membenarkan pedagang
memaksimakan keuntungan.
- 'Spread' yang rendah antara harga tawaran dengan harga permintaan
(bid & ask prices).
Prinsip-prinsip Asas
Matawang didagangkan dalam bentuk pasangan seperti berikut:
- Euro ke atas US dollar (EUR/USD) - bermaksud:
- EUR - dikenali sebagai BASE CURRENCY
- USD - dikenali sebagai PROFIT CURRENCY / QUOTE CURRENCY
- US dollar ke atas Yen Jepun (USD/JPY) - bermaksud:
- USD - dikenali sebagai BASE CURRENCY
- JPY - dikenali sebagai PROFIT CURRENCY / QUOTE CURRENCY
Begitulah seterusnya.
Harga bagi instrumen kewangan ini dipaparkan seperti
di bawah
Jadual menunjukkan contoh 'spread' (selisih
harga antara sell dan buy) yang dimaksudkan awal tadi. Jadual ini menunjukkan jumlah USD (profit currency) yang diperlukan
untuk mendapatkan SATU unit EUR (base currency). Contohnya; EUR/USD = 1.2293, bermaksud kita "perlukan"
sebanyak 1.2293 US Dollar untuk "membeli" 1 Euro. Jika (BUY) EUR/USD - bermakna membeli EUR dan menjual USD
(SELL) EUR/USD - bermakna menjual EUR dan membeli
USD
Matawang Utama
Simbol
|
Nagara
|
Matawang
|
USD
|
United States
|
Dollar
|
EUR
|
Euro members
|
Euro
|
GBP
|
Great Britain
|
Pound
|
JPY
|
Japan
|
Yen
|
CHF
|
Switzerland
|
Franc
|
CAD
|
Canada
|
Dollar
|
AUD
|
Australia
|
Dollar (Looney)
| Zon Waktu Pasaran FOREX Dunia
Time
Zone
|
New
York (ET/EST)
|
GMT
|
WAKTU MALAYSIA (GMT+8)
|
Tokyo Open
|
7.00 pm
|
23.00
|
07.00
|
Tokyo Close
|
4.00 am
|
8.00
|
16.00
|
London Open
|
3.00 am
|
7.00
|
15.00
|
London Close
|
12.00 pm
|
16.00
|
00.00
|
New York Open
|
8.00 am
|
12.00
|
18.00
|
New York Close
|
5.00 pm
|
21.00
|
05.00
|
Istilah-istilah
FOREX
Quote Kadar matawang yang terdiri daripada
2 nilai iaitu Bid (harga jual pada dealer) dan Ask (harga beli dari dealer). NIlai Bid selalunya lebih kecil daripada Ask.
Perbezaan / selisih harga antara Bid dan Ask ini dinamakan Spread. Biasanya kita pilih Spread yang lebih kecil kerana ini
lebih menguntungkan kita (trader)
Pip (point) Setiap pergerakan
naik atau turun dikira sebagai unit 'pip' atau point (bagi Marketiva). Misalnya sekiranya kita menggunakan 50USD sebagai modal
untuk membeli pair EUR/USD, maka setiap satu 'pip' yang diperolehi membawa nilai 0.50USD. Sekiranya satu posisi trade yang
kita lakukan memperolehi keuntungan 10 pip, maka nilai keuntungan dalam unit USD ialah 5.00USD. Begitulah seterusnya, jika
kita meletakkan 500USD untuk satu posisi trade, setiap 1 pip = 5.00USD, maka jika memperolehi 10 pip keuntungan, nilai sebenar
ialah 10pip X 5.00USD = 50USD.
Posisi Long (Buy) Ini adalah
posisi trader membeli suatu matawang pada harga tertentu, bertujuan untuk menjualnya kembali pada harga yang lebih tinggi.
Kerana itu, trader mandapat keuntungan dari nilai pasaran yang naik. Posisi Short (Sell) Ini
adalah posisi trader menjual suatu matawang pada harga tertentu dengan tujuan membelinya kembali pada harga yang lebih rendah
bagi mangaut keuntungan.Kerana itu, trader mendapat keuntungan ketika nilai pasaran menurun.
High, Low, Open & Close High - rekod harga tertinggi pada hari itu dari mula open hingga
sekarang (semasa) Low - rekod harga terendah pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa) Open - harga permulaan
trade pada hari itu Close - harga penutup trade pada hari itu
Market
Order Bermaksud, membeli pada harga (ask/offer) semasa pada saat itu juga (real time); atau menjual pada harga (bid)
semasa pada saat itu juga. Misalnya, ketika itu EUR/USD menunjukkan 1.3554/1.3557 (ask/bid), dan anda meletakkan posisi BUY
ketika itu, maka posisi anda akan tertera pada paparan trading anda pada harga 1.3555. Ketika ini anda boleh setkan Target
Profit (TP)sebanyak 8pips lebih tinggi (1.3563) dan anda mengaut 8pips keuntungan. Begitulah sebaliknya.
Stop Order Meletakkan harga tempahan untuk mana-mana posisi SELL/BUY. Misalnya, harga semasa
EUR/USD ialah 1.3555 dan anda ingin BUY pada harga1.5557, maka anda menggunakan Stop Buy dan setkan pada harga 1.3557. Anda
masih boleh setkan TP anda pada harga yang lebih tinggi. Begitu juga sebaliknya untuk SELL. Urusniaga hanya akan terlaksana
sekiranya harga semasa mencecah harga tempahan anda. Anda masih boleh BATALkan urusniaga selagi harga semasa belum mencecah
harga tempahan (belum ACTIVATE).
Available Margin
Jumlah
bersih baki yang masih ada dalam akaun anda yang boleh diniagakan setelah jumlah modal ditambah untung(-rugi).
Available
Margin = Equity (modal) - Used Margin + Profit(-loss)
|