Assalamualaikum,
Seperti yang telah diajar oleh junjungan mulia Rasulullah SAW, sembilan per sepuluh rezeki itu datangnya
dari perniagaan.
Forex merupakan satu daripada cabang perniagaan yang boleh diceburi dan yakinlah perniagaan forex
ini adalah HALAL! Namun begitu ada beberapa syarat
yang perlu dipatuhi oleh TRADER supaya tidak terjerumus dalam perniagaan RIBA'.
SYARAT-SYARAT FOREX YANG DIBENARKAN
Benar, memang
FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada
sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadith Nabi
yang sohih. Iaitu :-
Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan yang mesti dipatuhi
iaitu : Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai "yadan bi yadin".
Dalam bahasa Inggerisnya adalah "on the spot basis". Ia datang dari hadis :'
, , , ,
, , , , ,
Ertinya
: Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak,
gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah
sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya
berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9
) .
FOREX
dalam matawang yang tidak menjaga syarat
ini akan menjadi Riba Nasiah. Ini kerana kebanyakan FOREX yang
dijalankan oleh institusi Konvensional adalah Forward FOREX' atau
Forex yang menggunakan Value forward' ( nilai masa hadapan) yang
mempunyai tergolong dalam Riba Nasiah. Forex yang menggunakan nilai
Forward' ini sememangnya diketahui mampu menghasilkan untung yang
lebih berbanding spot dalam kebanyakan keadaan jika tepat penggunaannya.
Mestilah terdapat serah terima atau disebut "qabadh" dalam Islam secara
benar "hakiki" atau "hukmi" pada waktu yang sama.
* Any Street * Anytown *
|