Make your own free website on Tripod.com
Small Business

Prinsip-prinsip Asas Forex

Home
Download File
Prinsip-prinsip Asas Forex
Register Libertyreserve
Contact Us
Catalog
New Page Title

Spot (FOREX)

Sejak berakhirnya Perang Dunia ke-2, ekonomi dunia telah menyaksikan suatu evolusi dan perkembangan pesat di dalam jumlah perdagangan luar antara negara-negara. Nilai eksport keseluruhan dunia telah meningkat daripada $58 billion pada tahun 1950 kepada $6.3 trillion dollar pada tahun 2000. Dengan perkembangan pesat nilai perdagangan dalam dekad terakhir ini, kepentingan Pasaran Tukaran Matawang (FOREX) menjadi signifikan.

Ciri-ciri Pasaran Matawang (FOREX)
  • Pasaran paling 'cair' di dunia.
  • Didagangkan 24 jam/hari, 5 hari/munggu.
  • Urusniaga dilakukan secara REALTIME (ketika itu) - online
  • Keupayaan untuk membeli atau menjual (long atau short), memberikan pedagang peluang untuk mengaut untung daripada apa jua pergerakan pasaran, sama ada  ketika naik atau turun.
  •  Hanya perlukan 'margin' (modal) yang kecil, membenarkan pedagang memaksimakan keuntungan.
  • 'Spread' yang rendah antara harga tawaran dengan harga permintaan (bid & ask prices).
Prinsip-prinsip Asas

Matawang didagangkan dalam bentuk pasangan seperti berikut:
  • Euro ke atas US dollar (EUR/USD) - bermaksud:
    • EUR - dikenali sebagai BASE CURRENCY
    • USD - dikenali sebagai PROFIT CURRENCY / QUOTE CURRENCY
  • US dollar ke atas Yen Jepun (USD/JPY) - bermaksud:
    • USD - dikenali sebagai BASE CURRENCY
    • JPY - dikenali sebagai PROFIT CURRENCY / QUOTE CURRENCY
Begitulah seterusnya.

Harga bagi instrumen kewangan ini dipaparkan seperti di bawah



Jadual menunjukkan contoh 'spread' (selisih harga antara sell dan buy) yang dimaksudkan awal tadi. Jadual ini menunjukkan jumlah USD (profit currency) yang diperlukan untuk mendapatkan SATU unit EUR (base currency).
    Contohnya; EUR/USD = 1.2293, bermaksud kita "perlukan" sebanyak 1.2293 US Dollar untuk "membeli" 1 Euro.
    Jika        (BUY) EUR/USD - bermakna membeli EUR dan menjual USD
                  (SELL) EUR/USD - bermakna menjual EUR dan membeli USD
 

Matawang Utama

Simbol
Nagara
Matawang
USD
United States
Dollar
EUR
Euro members
Euro
GBP
Great Britain
Pound
JPY
Japan
Yen
CHF
Switzerland
Franc
CAD
Canada
Dollar
AUD
Australia
Dollar (Looney)

Zon Waktu Pasaran FOREX Dunia

Time Zone
New York (ET/EST)
GMT
WAKTU
MALAYSIA
(GMT+8)
Tokyo Open
7.00 pm
23.00
07.00
Tokyo Close
4.00 am
8.00
16.00
London Open
3.00 am
7.00
15.00
London Close
12.00 pm
16.00
00.00
New York Open
8.00 am
12.00
18.00
New York Close
5.00 pm
21.00
05.00


Istilah-istilah FOREX

Quote
Kadar matawang  yang terdiri daripada 2 nilai iaitu Bid (harga jual pada dealer) dan Ask (harga beli dari dealer). NIlai Bid selalunya lebih kecil daripada Ask. Perbezaan / selisih harga antara Bid dan Ask ini dinamakan Spread. Biasanya kita pilih Spread yang lebih kecil kerana ini lebih menguntungkan kita (trader)

Pip (point)
Setiap pergerakan naik atau turun dikira sebagai unit 'pip' atau point (bagi Marketiva). Misalnya sekiranya kita menggunakan 50USD sebagai modal untuk membeli pair EUR/USD, maka setiap satu 'pip' yang diperolehi membawa nilai 0.50USD. Sekiranya satu posisi trade yang kita lakukan memperolehi keuntungan 10 pip, maka nilai keuntungan dalam unit USD ialah 5.00USD. Begitulah seterusnya, jika kita meletakkan 500USD untuk satu posisi trade, setiap 1 pip = 5.00USD, maka jika memperolehi 10 pip keuntungan, nilai sebenar ialah 10pip X 5.00USD = 50USD.

Posisi Long (Buy)
Ini adalah posisi trader membeli suatu matawang pada harga tertentu, bertujuan untuk menjualnya kembali pada harga yang lebih tinggi. Kerana itu, trader mandapat keuntungan dari nilai pasaran yang naik.

Posisi Short (Sell)
Ini adalah posisi trader menjual suatu matawang pada harga tertentu dengan tujuan membelinya kembali pada harga yang lebih rendah bagi mangaut keuntungan.Kerana itu, trader mendapat keuntungan ketika nilai pasaran menurun.

High, Low, Open & Close
High - rekod harga tertinggi pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa)
Low - rekod harga terendah pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa)
Open - harga permulaan trade pada hari itu
Close - harga penutup trade pada hari itu

Market Order
Bermaksud, membeli pada harga (ask/offer) semasa pada saat itu juga (real time); atau menjual pada harga (bid) semasa pada saat itu juga. Misalnya, ketika itu EUR/USD menunjukkan 1.3554/1.3557 (ask/bid), dan anda meletakkan posisi BUY ketika itu, maka posisi anda akan tertera pada paparan trading anda pada harga 1.3555. Ketika ini anda boleh setkan Target Profit (TP)sebanyak 8pips lebih tinggi (1.3563) dan anda mengaut 8pips keuntungan. Begitulah sebaliknya.

Stop Order
Meletakkan harga tempahan untuk mana-mana posisi SELL/BUY. Misalnya, harga semasa EUR/USD ialah 1.3555 dan anda ingin BUY pada harga1.5557, maka anda menggunakan Stop Buy dan setkan pada harga 1.3557. Anda masih boleh setkan TP anda pada harga yang lebih tinggi. Begitu juga sebaliknya untuk SELL. Urusniaga hanya akan terlaksana sekiranya harga semasa mencecah harga tempahan anda. Anda masih boleh BATALkan urusniaga selagi harga semasa belum mencecah harga tempahan (belum ACTIVATE).

Available Margin

Jumlah bersih baki yang masih ada dalam akaun anda yang boleh diniagakan setelah jumlah modal ditambah untung(-rugi).

Available Margin = Equity (modal) - Used Margin + Profit(-loss)

* Any Street * Anytown *